apa maknanya kemiskinan & kekayaan bagi seorang manusia??????
dan apa maknanya kemiskinan & kekayaan bagi aku????
kemiskinan dan kekayaan bagi aku terlalu subjektif....Bukan hanya mengikut satu cabang..Bukan hanya berbekalkan wang dan timbunan pangkat dan kemewahan...
Miskinnya seorang manusia, Miskinnya seorang hamba sekiranya mereka tidak pernah sedar jalan mana yang sedang mereka lalui..Gunung emas dan lautan permata mana yang sedang mereka cari.Kemiskinan dunia hanya sementara tapi kemiskinan akhirat bagaimana??????Janji tuhan sudah jelas dan nyata...Setiap perbuatan ada balasan...Aku tidak mahu menunding jari menujukan kesalahan pada sesiapa kerana sudah terang tersuluh lagi dengan spotlight akulah manusia yang tidak pernah sedar tentang gelumang kemiskinan jiwa aku sendiri...Akulah hamba yang sering melupakan PENCIPTANYA...Akulah manusia yang tidak pernah tahu bersyukur dengan segala apa yang ada..Aku hamba yang hanya tahu meminta tentang nikmat dan rahmat tapi aku kerap melupakan janji seorang HAMBA pada TUHANNYA...Kayakah aku kalau hidup hanya sekadar begitu???????Aku terfikir andai hari ini hari terakhir aku hidup di dunia...apa bekalan yang menemani aku di alam sana... petanda miskinnya seorang manusia dan makna miskinnya seorang hamba yang tidak sedar apa huraian """Menumpang sementara di dunia""""
"Amar Maaruf Nahi Mungkar" Buat apa yang disuruh, Tinggalkan segala apa yang dilarang...Dan aku hanya menghitung hari membilang jari mengira dosa yang entah ke berapa...Sebanyak23 debu pasir yang ternoda di dada dunia apa mungkin dosaku mengatasi segalanya...
Kayakah aku kiranya solat 5 waktu terasa payah untuk ditunaikan, kayakah aku kiranya puasa sukar untuk dilakukan, Kayakah aku kiranya mati jarang aku ingati, apa mungkin aku kaya kiranya begini landasan hidup yang diikuti....
Setiap perjalanan ada halangan, setiap pengembaraan ada kesudahan dan aku apa mungkin aku mengikut jalan yang lurus atau jatuh terhunus di lembah kejahilan...
Dan hidupku aku hanya berharap mampu mengukuhkan cinta pada PENCIPTA, Cinta pada Ibu dan Bapa dan cinta pada yang lainnya di dunia biarlah berpada....
Selama ini aku takut menyendiri dan aku sering menangis takutkan kegelapan tapi kata atuk...Kita mati tidak berteman dan kita terpaksa tempuhi segalanya sendirian...dan bermula detik itu aku kerap meredah perjalanan seorang diri tanpa teman.....Aku sedar setiap pertemuan akan ada perpisahan dan aku terima segalanya dengan pasrah...Itulah kenyataan alam...Walaupun berguling2 kita menangisinya yang berlalu tetap akan pergi tanpa menghiraukan apa yang terjadi...Apa yang aku mahu tiada benci wujud di hati walau secalit cuma tapi sayang aku sedar dalam diam walau dalam senyuman perasaan itu tetap menjelma.....Buangkan benci dari hatiku........
Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Bernada Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Roh Kembali,
Kembalilah Ke dalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Di dalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Tiada Siapa dapat hindari
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya MATI
Cukup sekali tidak Mahu ku Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata