24 August 2009

"""akhir nyawa penamat cerita"""""""

Ku mengalah
Ku berserah
Aku redha
Aku pasrah
Ku terima
Biarpun kalah
Asalkan tidak tergadainya maruah

Perjalanan hidupku
Melingkari pusaran waktu
Bermula bahagia
Akhirnya tiada mampu menduga

Nasib mengikut rentak
Arah mana yang kau jejak
Ke lorong bercahaya
Atau ke lembah durjana

Sampai masa telah ditetap
Langit digulung bumi dilipat
Ke mana arah di mana tempat
Mengemis kita atau merempat

Beringatlah kita sebelum terlambat
Usah menyesal sebelum terlewat
Andai dunia kita melarat
Insyaallah akhirat kita selamat

Ingatlah kawan ingatlah teman
Dari tanah kita datang kepadanya kita ditanam
Itu asal sebenar kejadian
Sebelum menempuh sebuah kehidupan
Pastinya berakhir dengan kematian


Pernahkah di dunia
Engkau bertudung
Sampai masa kau kan kelubung
Berbalut penuh berkain putih
Tiada sedikit engkau merintih

"""perjanjian manusia dan pencipta""""

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Tak kira kaya mahupun miskin
Apa dikira pangkat Dato’ dan Datin

Tersohor sungguh serata dunia
Dialah jutawan berjaya
Apa di guna pada harta
Ke jalan ALLAH atau sebaliknya

Beringatlah teman
Jangan kau lupa
Di akhirat sana
Dipersoal segala

Percayalah pada kebenarannya
Syurga dan Neraka bukan dongengan cerita
Setelah tiba masanya nanti
Ke dunia tak mungkin kau kembali

Tiba di sana tubuh menggigil
Menunggunya Malaikat
Mungkar dan Nangkir

Di mana doa insan di dunia
Tiada secebis yang ku terima
Apakah mungkin telah kau lupa
Di alam barzakh aku menderita

Ku pohon rayu pada semua
Ayah bonda jua saudara
Kirimkan aku kalungan doa
Bercahaya pusara di sana ku bahagia

Mentari padam di kelopak mata
Dunia yang fana
Tiada indahnya
Terdengar tangis di hujung telinga
Tiada daya ku memujuknya

Maafkan aku ampunkan dosa
Tiada aku menyahut bicara
Jangan lagi ditangiskan
Itu perjanjian kita dan TUHAN

Tiada apa mampu ku harap
Hanya amal menjadi sahabat
Di sini aku terus menanti
Sampai titik noktah terakhir
Saat pembalasan semua dihimpunkan


Hidup di dunia banyak pilihan
Terserah padamu menentukan
Membawa pulang amal ketaqwaan
Atau kemungkaran tanpa keimanan

16 August 2009

:::::::::Payoh bebeno::::::::

ptg ni aku dinner dgn aien,kid,agy jer
tu pun lepas dah puas bergambar kat impiana dgn agy
kid ckp buat blog bia menarik skit
aduh bangang nie...
aku fikir23 tak dapat jgk jln penyetelannya
aku main tulis jer la kid yer
maklum la aku ni minat sgt ler kalu buat karangan ni
skema beb bab menulis ni
aku kan pencinta bahasa malaysia yg sejati...
nanti ler aku cuba,try, test nak buat camne yer....
xpe kid demi engkau
aku cuba buat tak tahu
kahkahakahkah!!!!!!!!!!!!!!!!!?????????

15 August 2009

"""""MUNGKINKAH ABADI""""

Ari nie aku raser seronok biler nengok member23 hepi semacam...
of course kwn23 kat gems ni ler especially
"Elly, Aien, Apis, Lan, Agy"
Duk main MONOPOLI bukan main bersungguh agie tue...
Lastly Lan yang menang...
yang paling bagus elly la mula23 agi dah bnkrap...
Apis tak join coz die kene buat kje...
by da way adik apis aku ni memang rajin....
yela muka pun dah skema tuannya aper lagi yer...
hahahahaha
jgn mare dikk
Kid sakit ari ni...
sedih bebeno aku nengok muker monyoknyer..
Aku nak g tgk tp malu plak rase nyer ye
Aien asyik ketawa jer kerjanya...
dah memng sblm ni pun memg dah kejenye ketawa...
Aku suker nengoknyer...
Aku paling bengang tengok die time 50% sad n 50% happinesssssss....
ALHAMDULILLAH
aku benar23 bersyukur dengan jodoh pertemuan kami semua di GEMS SRC 02 nie....
Tapi yang pasti kiteorang dah makin hampir ke penamatnyer...
2 1/2bln pada asalnya aku raser lame tapi skrg rase cam baru 2ari kat cni dah nak abis ker...
Aduh!!!!!!!!!
tension gak...
Tapi itulah kenyataan idup tiada satu pun yang abadi....
ape yg boleh di abadikan cuma kenangan yang kita bina...
Tu pasal pepatah ada mengatakan "kadangkala pertemuan sesaat itu lebih bermakna berbanding pertemuan yang bertahun jika kita mencipta kenangan yang akan diingati sampai akhir hayat"...pepatah mane aku pun tak tahu...
hentam jer tue...
kahkahkah (ktawa setan)
Tadi kat dining aku pelik bile aku use something words in malay semua member ketawa kat aku...
Aku ckp nak baca "AKHBAR" hampeh bergegar budak Aien, Apis,Alif, Roha,Agy,Lan ketawa kt aku....
Ape ke salahnya aku pun tak tahu...
tapi dieorg ckp klasik sgt...
hahaha......................
aku kan pencinta bahasa melayu...
Semalam plak kiteorg ader carnival...
Aku masuk fashion show pake baju ceongsam bangang..
Siap make up mcm org utan jer aku raser
pastu join plak dikir and aku rembat menari dgn om putih tu...
Aku main menari die plak main ikut jer...
boleh la menjadi jugak....hahaha
Yang dpt aku tgk gems participants memang sporting tahp badak air ler...
semua main rembat jer..
sampaikan en.eizel pun bersungguh ketawa....
Memang seronok giler....
Pasni nak dinner plak...
Aku nak pake baju orang asli jakun je la coz kiteorg punya theme "one malaysian" so,that's good idea....

12 August 2009

>>>>>>>DOA PERPISAHAN>>>>>>>

Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya ALLAH bantulah hambaMU
Mencari hidayah daripadaMU
Dalam mendidikkan kesabaranku
YA ALLAH tabahkan hati hambaMU
Di atas perpisahan ini
Teman,
betapa pilunya hati
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga ALLAH memberkati
persahabatan kita
Teruskanlah perjuangan ini
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya ALLAH bantulah hambaMU
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga tuhan berkatimu

.....LAYAR KEINSAFAN.........

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan
layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu
ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

08 August 2009

apa maknanya/////////?????????........,,,,,,,,,

apa maknanya kemiskinan & kekayaan bagi seorang manusia??????
dan apa maknanya kemiskinan & kekayaan bagi aku????

kemiskinan dan kekayaan bagi aku terlalu subjektif....Bukan hanya mengikut satu cabang..Bukan hanya berbekalkan wang dan timbunan pangkat dan kemewahan...

Miskinnya seorang manusia, Miskinnya seorang hamba sekiranya mereka tidak pernah sedar jalan mana yang sedang mereka lalui..Gunung emas dan lautan permata mana yang sedang mereka cari.Kemiskinan dunia hanya sementara tapi kemiskinan akhirat bagaimana??????Janji tuhan sudah jelas dan nyata...Setiap perbuatan ada balasan...Aku tidak mahu menunding jari menujukan kesalahan pada sesiapa kerana sudah terang tersuluh lagi dengan spotlight akulah manusia yang tidak pernah sedar tentang gelumang kemiskinan jiwa aku sendiri...Akulah hamba yang sering melupakan PENCIPTANYA...Akulah manusia yang tidak pernah tahu bersyukur dengan segala apa yang ada..Aku hamba yang hanya tahu meminta tentang nikmat dan rahmat tapi aku kerap melupakan janji seorang HAMBA pada TUHANNYA...Kayakah aku kalau hidup hanya sekadar begitu???????Aku terfikir andai hari ini hari terakhir aku hidup di dunia...apa bekalan yang menemani aku di alam sana... petanda miskinnya seorang manusia dan makna miskinnya seorang hamba yang tidak sedar apa huraian """Menumpang sementara di dunia""""
"Amar Maaruf Nahi Mungkar" Buat apa yang disuruh, Tinggalkan segala apa yang dilarang...Dan aku hanya menghitung hari membilang jari mengira dosa yang entah ke berapa...Sebanyak23 debu pasir yang ternoda di dada dunia apa mungkin dosaku mengatasi segalanya...
Kayakah aku kiranya solat 5 waktu terasa payah untuk ditunaikan, kayakah aku kiranya puasa sukar untuk dilakukan, Kayakah aku kiranya mati jarang aku ingati, apa mungkin aku kaya kiranya begini landasan hidup yang diikuti....
Setiap perjalanan ada halangan, setiap pengembaraan ada kesudahan dan aku apa mungkin aku mengikut jalan yang lurus atau jatuh terhunus di lembah kejahilan...
Dan hidupku aku hanya berharap mampu mengukuhkan cinta pada PENCIPTA, Cinta pada Ibu dan Bapa dan cinta pada yang lainnya di dunia biarlah berpada....
Selama ini aku takut menyendiri dan aku sering menangis takutkan kegelapan tapi kata atuk...Kita mati tidak berteman dan kita terpaksa tempuhi segalanya sendirian...dan bermula detik itu aku kerap meredah perjalanan seorang diri tanpa teman.....Aku sedar setiap pertemuan akan ada perpisahan dan aku terima segalanya dengan pasrah...Itulah kenyataan alam...Walaupun berguling2 kita menangisinya yang berlalu tetap akan pergi tanpa menghiraukan apa yang terjadi...Apa yang aku mahu tiada benci wujud di hati walau secalit cuma tapi sayang aku sedar dalam diam walau dalam senyuman perasaan itu tetap menjelma.....Buangkan benci dari hatiku........

Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Bernada Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Roh Kembali,
Kembalilah Ke dalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Di dalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Tiada Siapa dapat hindari
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya MATI
Cukup sekali tidak Mahu ku Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata